Salam.
Hopefully dapat dihabiskan dalam dua hari. Sebab masa memang xde sangat. Malam je baru ada ruang untuk membaca.
Semalam saya berjaya habiskan buku tulisan Kaizan Nazlan, Travelog Usahawan Muda. Diterbitkan oleh Penapadi.
Banyak pengalaman saudara Kaizan dalam mengejar cita2 sebagai seorang usahawan dan juga seorang aktivis kebajikan dengan NGO Hand Project.
Seterusnya hari ini.. buku yang saya order dua hari lepas dah sampai. Buku ni memang rare . Dah Google banyak online laman web. Semua dah sold out.
Nasib baik dekat laman web Mehrajs Books Online masih ada lagi. Sebelum tu saya wasap dulu. Syarikat kata masih ada stok Alhamdulilah. Buku tulisan saudara Hafiz Mansor. Saya juga follow dekat page beliau.
Beliau adalah CEO CoolHijab. Dengar kata masih lagi bangkrap tapi boleh buat duit. Macam mana tu ye. So dalam buku ini mungkin ada cerita bagaimana beliau boleh survivor.
Hopefully dapat dihabiskan dalam dua hari. Sebab masa memang xde sangat. Malam je baru ada ruang untuk membaca.
Harga dalam RM 40 .. campur dengan kos delivery dalam RM 45.72. kualiti buku terbaik tebal dan berwarna.. mahal buku ni kalo dicetak dalam kuantiti yang sedikit.
Wassalam.