Kalau nak jadi peniaga, kita
perlu tahu apakah sikap yang perlu ada pada seorang jurujual yang baik. Seorang
peniaga yang bermula dari bawah sama ada suka atau tidak, perlu melalui proses
membuat jualan.
Lainlah jika kita mula
berniaga dengan modal wang yang banyak atau berayahkan seorang Tan Sri. Atau
mempunyai seorang rakan kongsi anak kepada seorang menteri.
Dalam keadaan sebegitu, kita
hanya perlu merekrut seorang jurujual yang baik sejak dari awal perniagaan.
Sebab duit bukanlah satu masalah dalam situasi macam itu.
Walaupun begitu, jika kita
tidak tahu bagaimana nak kenal pasti ciri-ciri seorang jurujual yang hebat,
kita akan tersalah langkah dan membuat pilihan yang salah. (Tapi kalau ada
banyak duit, boleh juga upah orang yang tahu memilih jurujual yang hebat).
Jika nak jadi jurujual yang
hebat, atau jika kita nak ambil pekerja jurujual yang hebat, mestilah pastikan
ada 10 sikap yang saya senaraikan seperti berikut di bawah ini:-
#1)
Berkeyakinan diri
Kita biasanya menjual pada
manusia dan sebagai jurujual, akan sentiasa berurusan dengan manusia. Manusia
biasanya sentiasa selesa dengan orang yang berkeyakinan tinggi dan tahu apa
yang dia lakukan.
Tetapi jangan pula disalah
ertikan dengan sombong. Kadangkala sombong dengan keyakinan yang tinggi sering
berada bersebelahan antara sempadan yang nipis. Oleh itu perlu sentiasa
berhati-hati.
Jika kita tak ada keyakinan
jangan harap akan mampu yakinkan orang lain. Begitu juga jika kita merekrut
seorang yang ragu-ragu untuk berjumpa dengan kita atau seorang yang gabra
berlebihan ketika temuduga, dia sebenarnya memang tak sesuai untuk kerja
jurujual.
#2)
Berpendirian kental
Pertahankan pendirian bukan
ertinya bergaduh atau dilakukan dengan cara yang tidak bersopan. Jika ternyata
kita perlu mempertahankan sesuatu, kita tidak boleh segan atau berundur ke
belakang tanpa sebab.
Ciri-ciri ini perlu ada pada
seorang jurujual. Bayangkan jika ada masalah dibangkitkan oleh pelanggan terhadap
produk atau servis yang kita tawarkan, jika kita hanya menerimanya tersenyum
dan tanpa reaksi mempertahankan atau membetulkan keadaan, agak sukar untuk
menempa hasil yang bagus.
Lebih parah lagi apabila
pelanggan kutuk produk atau servis kita lalu kita turut sama menambah perisa
dan mengkritik produk kita sendiri.
#3)
Berkulit tebal & tabah
Jika anda pernah buat jualan
tentu tahu betapa sukarnya kerjaya ini. Jika kita berjumpa dengan 100 orang
untuk menawarkan sesuatu produk atau servis, untuk dapatkan seorang yang
menerimanya adalah sesuatu yang belum
pasti.
Oleh itu jika tak berkulit
tebal menerima tolakan demi tolakan, alamat lari malam dan tak keluar rumah
lagi. Jika tak pandai pujuk diri sendiri untuk tabah menerima dugaan dan anggap
itu semua hanya sementara sahaja (dunia sementara, akhirat selamanya) anda tak
akan mampu menjadi jurujual yang hebat.
#4)
Bercita-cita tinggi
Apakah anda tak pernah kisah
samada untuk mendapatkan jualan syarikat sepuluh ribu ataupun sejuta. Jika itu
semua bagi anda sama saja, ertinya anda tak akan mampu melonjakkan jualan
syarikat.
Begitu juga jika jurujual
yang anda rekrut, yang tak ada semangat walaupun diberikan ganjaran komisyen
yang baik, elok buang saja dan cari jurujual lain yang bercita-cita tinggi.
#5)
Sukakan Persaingan
Seorang jurujual yang hebat
mesti peka dengan prestasi rakan sekerjanya. Dia akan saling berusaha mengatasi
pencapaian orang lain dan mempelajari teknik untuk mendapatkan hasil yang
serupa.
Sekurang-kurangnya dia mesti
suka bersaing dengan pencapaiannya sendiri. Dia mesti mahu hasil hari ini lebih
baik daripada hasil semalam.
Sama ada suka bersaing
dengan orang atau diri sendiri, sikap suka bersaing untuk menjadi lebih baik
mesti ada jika kita mahu jadi jurujual yang hebat.
#6)
Mempunyai cita rasa tinggi
Dalam bahasa orang putih
kita panggil ‘high standard’. Biasanya orang yang sering menyasarkan sesuatu
yang tinggi seperti sasaran dan jangkaan, akan bekerja dengan lebih keras dan terperinci.
Begitu juga jurujual yang
ada cita rasa tinggi dalam apa saja urusannya akan bekerja dengan terperinci
merancang agar urusan jualannya berjaya sekerap yang mungkin.
Kita boleh lihat sikap
jurujual yang hebat pada perwatakannya. Gaya pemakaian seorang jurujual hebat
juga jarang selekeh. Semua itu adalah sikap atau tabiat yang terbentuk hasil
daripada cita rasa yang tinggi.
#7)
Perlu bersikap matang
Bayangkan bila pelanggan
melenting dan marah-marah ketika kita berusaha membuat jualan. Jika kita turut
sama melenting malah dua kali ganda lebih daripada pelanggan, sampai bila pun
tak ada orang yang akan hormat. Apatah lagi nak buat jualan.
Oleh itu, jurujual mestilah
sentiasa relaks, bertenang dalam apa saja keadaan yang dia hadapi. Hanya orang
yang matang dan mampu kawal perasaan secara konsisten dan profesional sahaja
akan sentiasa cool ketika membuat jualan.
#8)
Sentiasa peka dalam pertemuan pertama
Hati - hati dengan orang
yang prospek bawa masa jumpa kita, jika dia bawa isteri, jangan pandang rendah
pada kuasa isterinya itu, jika dia bawa kawan, jangan pandang rendah pada kuasa
kawannya itu. Mereka mungkin ada cukup kuasa untuk "swing" keputusan
yang bakal dibuat oleh prospek nanti.
#9)
Become the master of your market!
Kenal market anda macam anda
kenal ABC. Bila orang tanya 1 tambah 1 apa… zaaas terus semua sel-sel neuron
bercantum untuk anda jawab.
Anda perlu buat research macam
profesor tengah siapkan thesis. Tengok market anda macam penembak tepat. Pegang
sniper bukan shotgun tembak rambang. Be specific.
Jangan pandang remeh. Jangan
pandang sebelah mata.
Semua jawapan yang anda
cari, semua duit dan peluang ada dalam market anda.
Jika anda pernah membaca
buku tulisan Joe Sugarman atau Dr. Joe Vitale berkenaan pemasaran,
masing-masing memperkatakan benda yang sama iaitu kenali produk anda luar dan
dalam, baharulah anda boleh mula menjual.
Anda kena cinta produk anda
bukan hanya tahu pada nama sahaja tetapi anda kena tahu segalanya. Yelah kan, kalau
orang tanya tentang produk anda, dan anda tak tahu nak jawab apa, itu akan
kurangkan keyakinan pelanggan anda. Macam pasangan anda jugak.
Kalau anda tak cintakan dia,
tak tahu terperinci tentang dia, maksudnya hubungan tu tak akan kekal lama.
Opps jadi doktor cinta pulak !! Sebab tu
lah, tak kenal maka tak cinta.
https://kliksini.my/4uTV4