29/08/2022

10 Sikap Jurujual Perlu Ada

 

Kalau nak jadi peniaga, kita perlu tahu apakah sikap yang perlu ada pada seorang jurujual yang baik. Seorang peniaga yang bermula dari bawah sama ada suka atau tidak, perlu melalui proses membuat jualan.

Lainlah jika kita mula berniaga dengan modal wang yang banyak atau berayahkan seorang Tan Sri. Atau mempunyai seorang rakan kongsi anak kepada seorang menteri.

 

Dalam keadaan sebegitu, kita hanya perlu merekrut seorang jurujual yang baik sejak dari awal perniagaan. Sebab duit bukanlah satu masalah dalam situasi macam itu.

 

Walaupun begitu, jika kita tidak tahu bagaimana nak kenal pasti ciri-ciri seorang jurujual yang hebat, kita akan tersalah langkah dan membuat pilihan yang salah. (Tapi kalau ada banyak duit, boleh juga upah orang yang tahu memilih jurujual yang hebat).

 

Jika nak jadi jurujual yang hebat, atau jika kita nak ambil pekerja jurujual yang hebat, mestilah pastikan ada 10 sikap yang saya senaraikan seperti berikut di bawah ini:-

 

#1) Berkeyakinan diri

Kita biasanya menjual pada manusia dan sebagai jurujual, akan sentiasa berurusan dengan manusia. Manusia biasanya sentiasa selesa dengan orang yang berkeyakinan tinggi dan tahu apa yang dia lakukan.

 

Tetapi jangan pula disalah ertikan dengan sombong. Kadangkala sombong dengan keyakinan yang tinggi sering berada bersebelahan antara sempadan yang nipis. Oleh itu perlu sentiasa berhati-hati.

 

Jika kita tak ada keyakinan jangan harap akan mampu yakinkan orang lain. Begitu juga jika kita merekrut seorang yang ragu-ragu untuk berjumpa dengan kita atau seorang yang gabra berlebihan ketika temuduga, dia sebenarnya memang tak sesuai untuk kerja jurujual.

 

#2) Berpendirian kental

Pertahankan pendirian bukan ertinya bergaduh atau dilakukan dengan cara yang tidak bersopan. Jika ternyata kita perlu mempertahankan sesuatu, kita tidak boleh segan atau berundur ke belakang tanpa sebab.

 

Ciri-ciri ini perlu ada pada seorang jurujual. Bayangkan jika ada masalah dibangkitkan oleh pelanggan terhadap produk atau servis yang kita tawarkan, jika kita hanya menerimanya tersenyum dan tanpa reaksi mempertahankan atau membetulkan keadaan, agak sukar untuk menempa hasil yang bagus.

 

Lebih parah lagi apabila pelanggan kutuk produk atau servis kita lalu kita turut sama menambah perisa dan mengkritik produk kita sendiri.

 

#3) Berkulit tebal & tabah

Jika anda pernah buat jualan tentu tahu betapa sukarnya kerjaya ini. Jika kita berjumpa dengan 100 orang untuk menawarkan sesuatu produk atau servis, untuk dapatkan seorang yang menerimanya adalah  sesuatu yang belum pasti.

 

Oleh itu jika tak berkulit tebal menerima tolakan demi tolakan, alamat lari malam dan tak keluar rumah lagi. Jika tak pandai pujuk diri sendiri untuk tabah menerima dugaan dan anggap itu semua hanya sementara sahaja (dunia sementara, akhirat selamanya) anda tak akan mampu menjadi jurujual yang hebat.

 

#4) Bercita-cita tinggi

Apakah anda tak pernah kisah samada untuk mendapatkan jualan syarikat sepuluh ribu ataupun sejuta. Jika itu semua bagi anda sama saja, ertinya anda tak akan mampu melonjakkan jualan syarikat.

 

Begitu juga jika jurujual yang anda rekrut, yang tak ada semangat walaupun diberikan ganjaran komisyen yang baik, elok buang saja dan cari jurujual lain yang bercita-cita tinggi.

 

#5) Sukakan Persaingan

Seorang jurujual yang hebat mesti peka dengan prestasi rakan sekerjanya. Dia akan saling berusaha mengatasi pencapaian orang lain dan mempelajari teknik untuk mendapatkan hasil yang serupa.

 

Sekurang-kurangnya dia mesti suka bersaing dengan pencapaiannya sendiri. Dia mesti mahu hasil hari ini lebih baik daripada hasil semalam.

 

Sama ada suka bersaing dengan orang atau diri sendiri, sikap suka bersaing untuk menjadi lebih baik mesti ada jika kita mahu jadi jurujual yang hebat.

 

#6) Mempunyai cita rasa tinggi

Dalam bahasa orang putih kita panggil ‘high standard’. Biasanya orang yang sering menyasarkan sesuatu yang tinggi seperti sasaran dan jangkaan, akan bekerja dengan lebih keras dan terperinci.

 

Begitu juga jurujual yang ada cita rasa tinggi dalam apa saja urusannya akan bekerja dengan terperinci merancang agar urusan jualannya berjaya sekerap yang mungkin.

 

Kita boleh lihat sikap jurujual yang hebat pada perwatakannya. Gaya pemakaian seorang jurujual hebat juga jarang selekeh. Semua itu adalah sikap atau tabiat yang terbentuk hasil daripada cita rasa yang tinggi.

 

#7) Perlu bersikap matang

Bayangkan bila pelanggan melenting dan marah-marah ketika kita berusaha membuat jualan. Jika kita turut sama melenting malah dua kali ganda lebih daripada pelanggan, sampai bila pun tak ada orang yang akan hormat. Apatah lagi nak buat jualan.

 

Oleh itu, jurujual mestilah sentiasa relaks, bertenang dalam apa saja keadaan yang dia hadapi. Hanya orang yang matang dan mampu kawal perasaan secara konsisten dan profesional sahaja akan sentiasa cool ketika membuat jualan.

 

#8) Sentiasa peka dalam pertemuan pertama

Hati - hati dengan orang yang prospek bawa masa jumpa kita, jika dia bawa isteri, jangan pandang rendah pada kuasa isterinya itu, jika dia bawa kawan, jangan pandang rendah pada kuasa kawannya itu. Mereka mungkin ada cukup kuasa untuk "swing" keputusan yang bakal dibuat oleh prospek nanti.

 

#9) Become the master of your market!

Kenal market anda macam anda kenal ABC. Bila orang tanya 1 tambah 1 apa… zaaas terus semua sel-sel neuron bercantum untuk anda jawab.

Anda perlu buat research macam profesor tengah siapkan thesis. Tengok market anda macam penembak tepat. Pegang sniper bukan shotgun tembak rambang. Be specific.

 

Jangan pandang remeh. Jangan pandang sebelah mata.

 

Semua jawapan yang anda cari, semua duit dan peluang ada dalam market anda.

 

Jika anda pernah membaca buku tulisan Joe Sugarman atau Dr. Joe Vitale berkenaan pemasaran, masing-masing memperkatakan benda yang sama iaitu kenali produk anda luar dan dalam, baharulah anda boleh mula menjual.

 

Anda kena cinta produk anda bukan hanya tahu pada nama sahaja tetapi anda kena tahu segalanya. Yelah kan, kalau orang tanya tentang produk anda, dan anda tak tahu nak jawab apa, itu akan kurangkan keyakinan pelanggan anda. Macam pasangan anda jugak. 

 

Kalau anda tak cintakan dia, tak tahu terperinci tentang dia, maksudnya hubungan tu tak akan kekal lama. Opps jadi doktor cinta pulak !!  Sebab tu lah,  tak kenal maka tak cinta.


https://kliksini.my/4uTV4

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff