Salam,
Asas berniaga adalah
menjual, tak pandai menjual, anda tak boleh berniaga. Asas menjual adalah MARKETING,
tak pandai marketing anda tak pandai menjual sebenarnya. Untuk lariskan produk,
anda perlu memasar dan menjual. Berniaga
besar mana pun asasnya dari menjual dan semua peniaga adalah SALESMAN.
Saya banyak membaca
buku-buku mengenai marketing, jualan dan saya tidak jumpa satu teknik rahsia
pun untuk berjaya dalam bisnes. Semua bergantung kepada usaha. Banyak yang anda
usaha, banyak yang anda akan dapat. Jadi!
Berhenti mencari teknik rahsia. Mencari-cari ni tidak akan jumpa. Sebab
tiada rahsia pun!
Seperti dalam kelas atau seminar
bisnes ramai bertanya soalan yang salah mengenai sales dan marketing! Soalan-soalan
yang ditanya terlalu fokus kepada teknikal. Contoh: Macam mana nak tambah like,
follower? Apa algorithm media sosial? Berapa kali nak posting setiap hari?
Berapa kali posting &
algorithm media sosial tak bagi kesan besar kalau produk dan mesej kita tiada
orang nak atau mesej mengarut yang kita sampaikan bukan yang orang nak dengar.
Jadi apa patut kita buat?
Kembali kepada fitrah: Kenal & faham apa yang pelanggan mahu dan
perlu. Tahu apa yang pasaran mahukan, Berikan apa yang pasaran mahukan dengan
tawaran yang terbaik. Baharu kita dapat tahu. Siapa target pelanggan? Apa
ciri-ciri mereka? Di mana mereka berada?
Begitu juga dengan channel
marketing, media sosial, internet marketing, digital marketing & segala
ilmu baru yang anda kena pelajari. Pening bukan!
Channel HANYALAH alat
semata-mata. Sebagai alat sebaran, alat menyampaikan dan alat komunikasi. Alat untuk
menghubungkan dua manusia seperti anda dan saya.
Kalau kita sampaikan apa
yang berguna, orang akan nak dengar apa kita sampaikan. Sampai sanggup follow
kita di sosial media kerana kita berikan manfaat kepada mereka.
Closing adalah untuk kita
memahami masalah dan tawarkan penyelesaian kepada pelanggan. Melalui produk
atau servis yang kita ada. Closing bukan untuk jual barang. Tapi untuk
mengetahui apa masalah yang mereka hadapi? Apa impian yang mereka mahu capai?
Seterusnya apa penyelesaian yang dapat kita berikan.
Semua ini akan bantu kita
untuk FOKUS untuk tidak membuat benda-benda SAMPAH.
Tanpa FOKUS, kita akan rasa
semua penting. Kita rasa buntu, serabut rasa nak buat macam-macam. Dengan fokus
dapat bantu kita membuat plan yang efektif. Buat kerja dalam kerangka yang
jelas, tak membazir masa, usaha dan paling utama dapat menghasilkan wang.
Kita juga tak perlukan
teknik sales gempak meletup-letup. SEMESTINYA sesuatu teknik telah pun dibuat
oleh mereka yang ada pengalaman dan Real Proven serta dibukukan.
Kemudian, kita fikir &
proses apa yang kita baca. Faham & hadamkan. Jangan telan bulat-bulat,
kemudian sesuaikan dengan situasi kita, tak tau tanya. Allah sebut dalam
Al-Quran: “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar)
jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)
Akhir sekali, harapan saya
supaya segala tips yang dikongsi di dalam buku ini dapat menjadi jawapan bagi
meleraikan kekusutan ‘stuck’ anda dalam membina bisnes yang berjaya dan dapat
membayar zakat berlipat kali ganda serta menyumbangkan semula kepada ummah.
“Selamat menjalankan aktiviti SALES yang
berkesan dan lumayan!”.
Risi Yusoff
www.risiyusoff.com
0 comments:
Post a Comment