Mencari peluang baru sebab
kurang yakin dengan peluang sekarang, akan menyebabkan anda kena BERMULA DARI
KOSONG semula. Di sini pentingnya anda minat dengan bisnes yang anda buat. Ada
sesetengah mengatakan tidak perlu minat yang penting ada sales. Tuan puan sales
boleh datang dan pergi, tetapi minat akan sentiasa ada dalam hati. Woha!
Jadi pastikan setiap hari
anda luangkan masa untuk buat 3 benda ni.
Contohnya, hari Sabtu dan
Ahad, belajar benda baru pasal marketing, dan buat. Hadir seminar dan baca buku. Membaca buku
tidak akan menjadikan anda NERD. Para Billionaire dunia semuanya membaca. Ada
apa dengan anda?.
Hari Selasa - Belajar benda
baru pasal sales, dan buat Split Test. Mana satu teknik yang dapat mendatangkan
jualan. Kemudian repeat teknik berkenaan dan buat sampai jadi.
Hari Khamis - Perbaiki
produk, harga produk, packaging produk, positioning produk, USP dan lain-lain.
Hari Jumaat - Lebihkan
dengan amal ibadah, mohon dengan Allah yang memberi jualan. Bukan manusia yang
memberi kita duit. Allah yang beri kita duit.
Anda perlu tahu satu
perkara, belajar ilmu marketing dan
jualan memang tidak akan habis. Ianya
sentiasa berubah-berubah seperti
Algoritm FB ads yang sentiasa bertukar-tukar dan anda boleh salahkan Mat
Jukiberg dalam hal ini.
Untuk tidak menyebabkan
information overload dalam kepala anda KUASAI 1 jenis channel marketing pada
satu-satu masa. Tapi, elakkan hanya guna 1 jenis channel marketing sahaja. Tetapi
guna juga channel lain sebagai 'backup'.
Marketing tanpa ilmu sales
juga agak sia-sia. Ilmu marketing dan jualan ibarat aur dengan tebing. Penat
kita buat marketing sampai tak tidur malam untuk panggil lead dan suspek datang. Tetapi bila tiba masa kita perlu
tanya "nak beli tak?" kita menjadi gagap dan berbuih mulut nak
berbicara tentang produk yang kita jual.
Perkara paling utama dalam
ilmu jualan, adalah menguasai ilmu minta orang keluarkan duit dari poket
mereka, untuk diberikan kepada anda. Ia juga antara perkara paling sukar
dibuat. Jadi kalau tak belajar ilmu jualan, bagaimana mahu buat jualan yang
bagus? Dengan ilmu, perkara yang susah boleh menjadi mudah.
Secara analoginya, kita nak
cari semut dalam rumah. Kalau rumah yang pengotor memangla banyak semut. Kita
ambil contoh rumah yang sentiasa dimop. Anda mungkin kata ianya akan mengambil
masa untuk mencari seekor semut. Tetapi orang berilmu akan letakkan sedikit
gula di ruang tamu. Semestinya semut akan datang dengan sendirinya. Bukan kita
yang perlu cari semut. Itula ilmu.
Dedikasikan hidup kita
dengan ilmu. Bukan saja mencari ilmu baru. Tetapi ilmu yang basic pun, boleh
didalami, dan diperkasa.
0 comments:
Post a Comment