Dalam seminar yang anda
sertai anda selalunya akan ditanya apa matlamat anda untuk berniaga. Ada
pelbagai sebab anda berniaga. Anda mahu bebas kewangan, mahu pendapatan
sampingan, mahu menaikkan taraf hidup keluarga anda atau tujuan ibadah kepada
Allah. Sebenarnya kita BORING MISKIN sebab tu kita menjual.
Apa jua sebab utama anda
berniaga, yang pasti aktiviti penting dalam melakukan bisnes adalah aktiviti
MENJUAL.
Terdapat dua jawapan yang
selalu keluar daripada mulut para peserta seminar. Iaitu untuk membantu orang
lain dengan produk yang kita jual dan untuk menjana keuntungan atau buat duit.
Kedua-dua jawapan ini sahaja yang paling relevan dan jawapan tersebut adalah
betul, tiada yang salah.
Setiap peniaga mempunyai
pandangan yang berbeza-beza mengenai tujuan mereka berbisnes dan kita meraikan perbezaan
pandangan tanpa bersikap katak di bawah tempurung. Sebab apa? kerana ilmu Allah
ini luas.
Dalam ilmu jualan juga kita
mesti ada matlamat dimana sebagai jurujual kita mesti mengutamakan matlamat
pelanggan terlebih dahulu. Selalunya yang kita fikir adalah “Untung tak? Berapa
duit yang boleh dibuat?” semuanya untuk kepentingan diri sendiri. Mulai hari
ini dan saat ini kita perlu ubah matlamat dan mentaliti kita.
Kalau kita nak kaya dan berjaya dunia dan akhirat, kita
kena mula berfikir bagaimana untuk tolong orang. Simpan matlamat anda dan realisasikan
matlamat pelanggan.
Setiap produk dan servis
yang kita buat, setiap strategi pemasaran yang kita susun perlu maksud utamanya
adalah untuk bantu orang lain. Bagaimana bantu orang lain boleh dapat banyak
jualan?
Dunia sekarang terlalu
banyak pesaing. Setuju? Justeru, orang akan mencari jurujual yang mana yang
memberi banyak ‘nilai’ kepada mereka. Jurujual yang memberi banyak nilai ini
akan menang di hati pelanggan. Lama kelamaan, mereka akan jatuh cinta dan beli.
Paling hebat, mereka bukan hanya beli sekali. Malah akan beli berkali kali!
Biasanya orang yang tak ambil
peduli pasal ilmu bisnes ini akan keliru antara aktiviti jualan dan aktiviti
pemasaran. Bagi kebanyakan orang, mereka anggap semuanya sama sahaja. Untuk
anda yang masih keliru, saya berikan asas mudah terhadap perbezaan antara sales dan marketing.
Penyebab nombor satu orang
langsung tak datang kedai atau tak pernah beli produk dan servis anda adalah
disebabkan mereka tak tahu menahu langsung bisnes atau kedai anda wujud.
Itu punca paling besar yang
membuatkan orang tak beli produk atau servis anda.
Untuk atasi masalah itu, anda
perlulah berusaha untuk sampaikan kepada seramai mungkin orang yang anda
sasarkan sebagai pelanggan, supaya mereka tahu kewujudan bisnes anda.
Aktiviti bagi tahu kat orang
tu, kita namakan sebagai aktiviti marketing. Ertinya, segala aktiviti yang
dilakukan untuk memyampaikan maklumat tentang kewujudan bisnes anda. Bila orang
dah tahu, baru ada kemungkinan untuk dia membeli.
Bila dia datang, maka
barulah bermula aktiviti Jualan. Kalau dia datang, tanya, dan kemudiannya orang
itu berlalu tanpa membuat sebarang pembelian dan tak datang lagi. Ertinya, anda
telah gagal dalam menjual.
Ada ramai orang pandai tarik
perhatian supaya orang datang ke kedai atau premis perniagaannya. Tapi
malangnya, dia lemah untuk menjual. Orang putih kata, gagal untuk ‘close a
deal’.
Keupayaan menjual memerlukan
ilmu dan skill yang tinggi. Anda tak semestinya perlu ada bakat terpendam
dilahirkan sebagai seorang yang pandai menjual. Ilmu menjual ini boleh
dipelajari dan diamalkan.
Perlu belajar untuk pandai
menjual secara teorinya. Kemudian wajib untuk diamalkan untuk menguasainya. Skill
menjual ini hanya akan datang bila dilakukan. Kalau tak praktik, sampai tua
beruban pun tak akan dapat kuasainya.
Semakin lama dan semakin
banyak anda amalkan aktiviti menjual, maka semakin mahir anda akan jadi
jurujual. Asalkan anda punya sikap positif untuk jadi seorang jurujual yang
baik dan profesional.
0 comments:
Post a Comment