“Kita ni berniaga jangan ada malu. Kena tebalkan muka. Kita
cari rezeki halal . Asas berniaga adalah menjual. Asas menjual adalah menjaja.
Kalau anda boleh jual benda kecil, benda mahal macam mana pun anda boleh jual”.
Semua orang tak dapat lari
dari dunia jualan. Secara terus atau tidak, anda sentiasa berhadapan dengan situasi
menjual. Anda mungkin menjual barang sebagai seorang peniaga.
Mungkin juga anda mahu
menjual perkhidmatan. Atau menjual idea anda kepada kawan, bos, pasangan,
anak-anak, jiran, orang tua dan siapa saja.
Ramai orang dengan yakin,
percaya yang dia tak pandai menjual. Mungkin anda salah seorang dari mereka.
Tapi sedar atau tidak, anda sampai ditempat anda sekarang setelah melalui
seribu satu aktiviti menjual.
Ada jualan yang gagal. Ada
juga jualan yang berjaya. Tak ada orang yang berterusan gagal dalam aktiviti
menjual. Begitu juga tak ada orang yang berjaya dalam kesemua aktiviti
menjualnya.
Anda dan saya dilahirkan
sebagai jurujual, sama ada makan gaji atau bekerja sendiri semua orang
dilahirkan sebagai jurujual. Kita menangis ketika dilahirkan, kemudian ibu kita
akan memujuk kita dengan belaian kasih sayang. Tangisan yang anda keluarkan
merupakan kaedah marketing manakala belaian yang diterima adalah bayaran. Ye! kita sedang
melakukan proses sales menggunakan sistem barter (sistem tukar barang).
Begitu juga apabila kita
ingin memohon pekerjaan makan gaji. Ketika sesi temuduga kita akan diminta
untuk menjual diri melalui skill yang kita miliki bagi mendapatkan pekerjaan
yang dipohon. Jika anda memohon jawatan jurujual kebiasaanya anda akan diminta
dengan ayat cliché “Sell me this pen” seperti dalam cerita Rocket Singh dan The
Wolf of Wall Street.
Waima penganggur dan
pengemis sekalipun perlu mempelajari proses menjual untuk mendapatkan sesuap
nasi. Menjual tidak semestinya melibatkan wang ringgit. Pertukaran antara dua
barangan yang dipersetujui bersama juga dikira sebagai menjual.
Menjual ialah fitrah manusia.
Kita menjual setiap masa. Jangan fikir menjual ni semata-mata bila menjual
barang & ada duit bertukar tangan.
Menjual ialah menggerakkan
hati manusia untuk berubah atau bertindak. Mengubah fikiran, berdakwah mengajak
manusia mentaati perintah Allah cara Rasulullah. Ini semua aktiviti MENJUAL yang bukan bersandarkan
menjual produk semata-mata.
Menukar orang yang berminat
dengan produk atau servis kepada pembeli berulang adalah skill menjual, ayat
penamat yang menyebabkan prospek terus teruja untuk membeli adalah skill
menjual. Menukar pelanggan yang tidak berpuas hati kepada pelanggan setia juga skill
menjual.
Kita kena terima hakikat kita
tak boleh lari dari aktiviti menjual. Sales
people rules the world. Terima sahaja hakikat itu dalam dunia bisnes.
0 comments:
Post a Comment