08/08/2022

SKILL MENJUAL BUKAN SEMULAJADI

 

“Untuk mulakan bisnes, soalan pertama kita tanya, bukan nak jual apa? kita kena tanya, macam mana nak jual?”.

 

Skill menjual bukanlah datang secara semulajadi. Ia sesuatu yang perlu dipelajari sama ada melalui pembacaan, seminar, latihan atau kelas formal. Daripada ilmu itu baharulah ianya dapat dilaksanakan.  50% kejayaan menjual bermula daripada keyakinan yang anda boleh menjual. Jika anda tak yakin, tolong jangan buat bisnes.

 

Formula ringkas bisnes :  Tiada Jualan = Tiada Pendapatan = Tiada Bisnes.

 

Pernyataan ini jelas di antara jualan dan bisnes adalah saling berkait, bisnes tidak akan berjaya jika tidak disokong usaha jualan berterusan. Sekarang ni sekadar ilmu FB Ads dan Ilmu Google adwords saja pun belum cukup untuk dapatkan jualan yang berterusan.

 

Belum cukup, dalam erti kata, kalau kita pandai dan sekadar tahu nak setup iklan, itu tidak cukup untuk membuat jualan yang MENGUNTUNGKAN. Ilmu Marketing Teknikal, mesti dipadankan dengan ilmu jualan dan promosi. Maka satu PLAN perlu dirangka untuk anda jalankan strategi jualan & promosi yang betul-betul terbukti.

 

Jualan adalah pemasaran evergreen untuk DAILY SALES bagi menjana aliran tunai harian yang berterusan dan sentiasa ada. Anda wajib dan kena check setiap hari.

 

Promosi pula adalah untuk meletupkan jualan secara tiba-tiba, tetapi terhad. Tujuannya untuk "Sudden Flow Of Customers" yang membawa pelanggan berurusan dengan kita dengan  harapan secara berpanjangan dan konsisten membeli.

 

Jika kita perasan, mutakhir ni banyak seminar dan kelas-kelas  marketing & bisnes dianjurkan. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada juga yang dipakejkan dengan kelas motivasi untuk memperkuatkan jati diri seorang peniaga.

 

Walaupun anda telah hadir pelbagai kelas sales dan marketing tapi bisnes anda masih lagi tidak grow dan tidak menghasilkan jualan. Jadi anda kena selidik kat mana silap dan apakah yang perlu dibaiki, ditambah atau apa yang kurang dalam kelas yang anda hadiri?

 

Kebanyakkan kelas bisnes yang dianjurkan oleh coach-coach bisnes di Malaysia bagus, masalah utama adalah CONTINUOS MONITORING. Tiada yang pantau! Semangat membara hanya semasa dalam kelas. Masuk hari ke 3, buku workbook entah ke mana.  Tanpa pemantauan berterusan daripada mentor yang muktabar menyebabkan bisnes anda tidak boleh nak grow.

 

Ini kerana, ramai peniaga tidak sanggup untuk ambil pakej personal continuos monitoring/inner circle disebabkan harganya yang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Pada pandangan saya kelas-kelas banyak OUTSIDE IN tetapi tidak INSIDE OUT. Kalau pun ada ia tidak mampu membuatkan seseorang bertindak secara berterusan.

 

Banyak seminar, banyak teknik dan banyak ilmu yang dapat. Tapi hakikatnya ramai Gagal. Kerana ACTION.  Di mana tak ramai yang mampu buat secara konsisten.

 

Tiada Big Why, kesungguhan, lari fokus, cepat penat, tersalah faham, nak result cepat, tiada database, networking yang tak membantu, team yang lemah atau berada dalam circle yang salah  menyebabkan ramai masih bergelut untuk membuat jualan  konsisten.

 

Makanan untuk anda sentiasa konsisten dalam bidang ini hanya satu iaitu MINDSET & MOTIVASI dan orang yang mengharapkan motivasi daripada orang lain baharu terhegeh-hegeh nak bertindak, tidak layak buat bisnes. Bak kata  Elon Musk : If you need inspiring words, don’t do it.

 

Jika anda masih bekerja dan buat bisnes part time, anda perlu  kenalpasti aktiviti penting yang membawa masuk jualan dan aktiviti yang sia-sia. Maka anda perlu fokus kepada 3 Perkara utama.

·         Marketing (cara tarik orang datang)

Marketing adalah nak tarik orang, tarik bakal pelanggan, buat orang nampak kita, dan buat orang tanya siapa kita. Senang cakap Marketing ni buat orang nampak. Buat apa-apa pun yang penting orang nampak BISNES dan BRAND kita.

·         Sales (cara buat orang yang datang membeli)

Ilmu ini anda perlu belajar sebab anda perlu faham macam mana nak jadikan pelanggan anda percaya dengan anda dan beli produk anda. Bukan satu kerja mudah untuk pengaruh pelanggan. Jadi, apa kata belajar macam mana nak close sales .

·         Penambahbaikan /Penambahan produk.

Ilmu ini anda perlu belajar Validasi produk, perbaiki harga agent, combo produk, Packaging, Positioning Produk, Unic Selling Proposition (USP) dan lain-lain.

Jangan habiskan masa membaca benda yang tiada kaitan dengan 3 benda ni. terutama mencari peluang baru yang bisnes kerana anda akan kehilangan fokus. Jika bisnes yang sedang dijalankan sekarang sedang menjana keuntungan walaupun sedikit, teruskan dengan mengembangkan lagi bisnes berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff