Sebagai peniaga kita perlu
menguasai ilmu menjual dan proses
menjual merupakan urusan yang paling penting yang kita perlu buat. Jadi,
takdelah isu jual produk syok sendiri. Modal dah habis keluar produk. Tapi
produk bersusun bawah katil, tak terjual. Sehebat manapun produk atau servis
yang anda miliki, kalau tidak dapat dijual, sedikit pun tidak akan ada
maknanya.
Saya kongsikan 21 prinsip
& proses menjual yang anda perlu belajar dan praktikkan.
#1)
Komitmen tinggi menjual
Perlu pasang niat dari awal
untuk menjadi seorang peniaga yang profesional yang hebat. Bukan nak jadi
jurutipu. Asal boleh ambil duit orang, tak fikir jauh ke depan. Sanggup tipu
dan melakarkan rekod hitam dalam sejarah kehidupan anda. Jadi perlu pasang niat
dari awal, mahu ikhlas dan jujur untuk menjual.
#2)
Fokus pada matlamat
Sentiasa berikan tumpuan
pada matlamat. Tak kira samada kena reject berkali-kali, jangan terus goyang
dan hilang tumpuan untuk menjual. Terus berusaha gigih sampai jadi. Jangan juga
tak ada sasaran dari segi kuantiti. Letakkan sasaran berapa unit produk dan
berapa ringgit anda nak capai. Jangan hilang fokus selagi sasaran tak tercapai.
#3)
Kuasai Kemahiran menjual
Ini kelemahan paling ketara
yang ada pada kebanyakan orang. Nak jadi jurujual, tapi langsung tak ada usaha
untuk kuasai skill menjual. Masuk seminar, baca buku, tanya orang yang dah
berjaya dan lain-lain seumpamanya. Belajar dan amalkan secara berterusan supaya
skill menjual anda sentiasa meningkat.
Skill menjual tidak akan
diperolehi hanya secara teori. Nak betul-betul faham, perlu buat. Macam naik basikal
atau berenang. Perlu praktikal baru dapat kuasainya. Lagi banyak anda buat,
semakin meningkat pemahaman. Test, test dan test buat sampai jadi.
#4)
Bina dan ikut sistem menjual
Membina satu sistem yang
terbukti berjaya dan ikut sistem yang anda buat itu. Boleh tiruvasi sistem orang
lain yang dah terbukti berkesan dan cuba lakukannya. Dari situ anda boleh
perbaiki dari masa ke masa sampai jadi sistem anda sendiri.
#5)
Sistematik
Aktiviti menjual perlu ada
perancangan yang baik. Susun usaha anda itu dengan jelas satu persatu. Bukan
main hentam tak tahu hujung pangkal. Jurujual mesti tau apa nak buat next dan
next.
#6)
Hormat dan dihormati
Sentiasa hormat orang lain.
Jangan biadap dan tinggi diri. Dalam masa yang sama perlu ada keyakinan yang
tinggi dan jangan benarkan orang tidak hormati anda. Pastikan anda belajar bagaimana
cara untuk pastikan orang lain memandang anda sama taraf supaya dia bersedia
untuk berurusan dan bekerjasama dengan anda. Orang sombong tidak bau syurga
tau!.
#7)
Fahami orang lain
Berusaha untuk faham orang
lain dan cuba selami cara orang lain berfikir. Jangan keliru antara apa yang
sepatutnya berlaku dengan apa yang biasanya berlaku. Letakkan diri dalam kasut
orang lain.
Prospek kebanyakannya
bertindak dan buat keputusan secara tidak rasional disebabkan oleh emosi yang
sering berubah-ubah dengan mudah. Itu yang kebiasaannya berlaku. Terima hakikat
ini dan belajar untuk faham dan ikut rentak pemikiran mereka.
#8)
Bina senarai suspek dan prospek
Sentiasa senaraikan suspek
dan bina prospek. Suspek adalah siapa saja yang anda rasa berpotensi jadi pelanggan
anda. Suspek akan jadi prospek bila anda dapat berhubung atau dia berhubung
dengan anda. Fikirkanlah cara untuk dapat berhubung dengan suspek sampai jadi
prospek. Bila dah jadi prospek, anda perlu membuat penilaian dan terperinci dan
buat penapisan.
Kekalkan prospek yang
berpotensi sahaja dan tinggalkan yang tidak berpotensi. Jangan buang masa
melayan prospek yang anda tahu bukan pelanggan yang anda sasarkan.
#9)
Paham cara buat keputusan
Perlu hadam bagaimana
keputusan akhir berlaku dari mula sampai habis. Ada prospek yang bertindak
selaku pengguna sahaja, tapi dia tak buat keputusan akhir untuk membeli. Disamping
prospek, ada juga kaki sabotaj yang akan menghalang prospek dari buat keputusan
membeli.
Disamping prospek juga ada
orang lain yang punya daya mempengaruhi. Perlu baca semua itu lebih-lebih lagi
jika anda berurusan dengan sesebuah organisasi.
#10)
Buat Network
Belajar cara terbaik untuk
mendekati orang baru. Bina perhubungan awal dengan memberikan impak awal yang
positif.
#11)
Bina kepercayaan
Bila dah berjaya mendekati
dan berhubungan, berusahalah untuk membina kepercayaan. Hanya orang yang dah
mula taruh kepercayaan pada anda sahaja yang akan berkemungkinan membeli.
#12)
Kumpul fakta & bentang
Jangan main-main dengan
andaian. Sentiasa buat rehearsal sebelum bentang. Dalam menjual, andaian tak
boleh pakai. Cari fakta yang betul dan sediakan sebelum bentangkan produk atau
servis anda.
#13)
Tanya soalan bijak
Bila bertanya, jangan buat
pertanyaan bodoh yang tak relevan. Semua pertanyaan adalah bermatlamatkan untuk
membawa kepada aktiviti jualan. Dari pertanyaan banyak perkara yang kita tak
jangka.
#14)
Cari keperluan pelanggan
Perlu mahir kenal pasti apa
sebenarnya yang diperlukan pelanggan. Dengar percakapannya dan baca tanda-tanda
yang tersembunyi untuk pastikan masalah sebenar. Dalam berbual anda perlu mahir
tangkap ayat yang zahir dan terpendam.
#15)
Selesaikan masalah.
Selesaikan masalah
pelanggan. Bukannya selesaikan masalah anda. Ada orang yang nak menjual tapi
pakai teknik supaya orang kasihaninya dan membeli atas dasar kasihan itu. Anda
nak bantu selesaikan masalah orang atau nak orang tolong selesaikan masalah
anda?
#16)
Atasi kerisauan
Jika dah jelas yang produk
atau servis anda memang diperlukan oleh pelanggan, tapi dia masih juga tak
beli, biasanya hanya disebabkan satu perkara saja.
Dia risau. Takut buat silap
bila dah beli nanti. Oleh itu, sentiasa berikan jaminan. Atau buatlah apa saja
supaya rasa risau itu dapat dihilangkan.
#17)
Tutup jualan
Bila dah selesai semua perbincangan
dengan baik dan pelanggan dah tak risau lagi, segera tutup jualan.
Jualan dianggap tutup hanya
bila pelanggan dapat produk atau servis anda dengan sempurna dan anda dapat
pembayaran dengan penuh. Selagi tak berlaku dua proses tu, jualan masih tak ditutup.
#18)
Buat susulan jualan
Bila dah dapat bayaran dan
pelanggan dapat apa yang dia mahu, jangan tinggakan begitu saja. Buat
perhubungan susulan. Berikan komitmen penuh supaya dia puas hati dan tidak rasa
diabaikan.
#19)
Kekal perhubungan
Kekalkan perhubungan. Ambil
maklumat pelanggan dan simpan dengan baik. Sekali dia pernah beli dari anda,
sampai mati anda perlu ingat dan mampu menghubunginya semula.
#20)
Elak salah dan belajar
Sentiasa berusaha elak
kesilapan. Kalau berlaku juga ambil iktibar dan belajar. Paling baik, belajar
dari kesilapan orang lain dan elakkan dari buat kesilapan yang sama.
#21)
Kuat semangat & tahan maki.
Paling akhir sekali dan
paling penting. Sentiasa kuatkan semangat. Tahan kena reject walaupun beratus
kali. Pujuk diri sendiri dan jangan biarkan emosi kecewa berlarutan dalam
tempoh yang lama. Lagi cepat anda mampu pulihkan kekecewaan, lebih cekap anda
menjadi jurujual yang berjaya.