Apa ciri-ciri produk, Apa
manfaat produk dan Apa kelebihan produk? Bagaimana produk ini kalau
dibandingkan dengan produk-produk yang sama dengannya?
Di mana posisi produk ini
dalam market: premium atau mampu milik; keperluan atau kemahuan; produk asas
atau produk mewah; produk baru (bukan jenama baru) yang perlu diperkenalkan
cara penggunaan atau produk yang sudah diketahui ramai cara penggunaannya?
Luangkan masa mungkin paling
minima SEMINGGU untuk betul-betul kenal produk.
Kita tidak boleh pasarkan
produk yang kita tidak kenal, luar dan dalam.
Tapi…
Perlu ingat! Produk bagus
semata-mata tidak cukup kalau tiada pelanggan yang mahu membeli.
#10) Kenali pelanggan anda.
Ia bermaksud anda perlu kenali
pelanggan anda, dia sakit apa, kenapa dia perlu "ambik" produk
anda.. Itu akan membantu anda closing
(berlaku proses jual beli). Huhu.
Sayangi pelanggan anda, follow up!
Tu yang penting. Kebanyakan penjual fokus kepada sales baru. Tapi lupa pelanggan yang sudah pun membeli
produk mereka. Jangan! Sebab 90% pelanggan yang lama akan repeat
order kerana mereka dah rasa produk anda!
(Kalau produk baguslah.. Hehe..)
Hafal kesemua 10 kriteria
tersebut di atas dan latih serta ingatkan diri anda selalu.
Anda boleh jadi jurujual
hebat!!
Apakah anda ada kesemua
ciri-ciri di atas?
Kalau tak ada lagi,
nampaknya perlu digilap agar mampu menjadi jurujual yang hebat.
Perlu diingat!
Jika anda seorang peniaga,
tidak ada pilihan untuk berjaya menjual produk ataupun menjual idea anda
melainkan perlu menjadi seorang jurujual yang hebat. Bagi yang ada syarikat
sendiri, jadikan semua ciri-ciri tersebut sebagai kriteria dalam membuat
pilihan jurujual anda.
Bagi yang sekarang sedang
kerja sebagai seorang jurujual, sematkan semua itu dalam hati dan jangan lupa
kongsikan perkara ini pada semua team salesman anda sekarang. Kita hayati
kata-kata seorang salesman kereta yang berjaya pecahkan rekod Joe Girard.
Saya adalah jurujual, Tetapi saya lebih kepada menjadi penasihat
daripada menjual. Pelanggan akan datang dengan sendirinya. Inilah falsafah saya
selama 17 tahun. Pelanggan datang kepada saya kerana mereka mempunyai masalah
pembelian kereta, saya selesaikan masalah mereka – Ali Reda
0 comments:
Post a Comment