#1) Menyambut Pelanggan. Ketika ada prospek datang, Joe Girard berdiri dan menyambut dengan mesra dan lalu bertanya bagaimana perjalanan prospek kemari dan Joe Girard tunjukkan perhatiannya. Dia menyapa isteri prospek dengan pujian yang manis. Suami juga senang karena Joe Girard juga memuji suaminya sebagai orang yang bertuah. Joe juga akan melayan anak prospek dengan BERLUTUT. Tentu hal ini meninggalkan kesan mendalam sekali bagi pelanggannya. Joe mencipta suasana happy sehingga “anak happy” dan “keluarga happy”,semua happy!
#2)
Menghantar Kad. Joe Girard akan menghantar kad ucapan terima kasih kepada pelanggan
sekitar dua hari setelah pembelian atau transaksi jualan berlaku. Joe Girard tidak akan pernah lupa menghantar kad
ucapan Hari Natal, Hari Jadi, Ulang tahun, ucapan Tahniah kepada semua
pelanggan dan keluarga pelanggannya. Kepada suami, isteri, anak-anak mereka.
Jika ada kejayaan bagi sebuah keluarga tersebut, Joe Girard antara yang terawal
memberi ucapan tahniah.
#3) Meyakinkan diri pelanggan. Ketika customer
telah melakukan transaksi pembelian darinya, Joe Girard akan bertanya pada
pelanggannya “Mengapa membeli kereta dari beliau bukan orang lain?“. Tentunya pelanggan
akan menceritakan alasan – alasan yang positif.
Tujuan
soalan Joe Girard bukanlah untuk meyakinkan dirinya sendiri, melainkan untuk
meyakinkan pelanggan bahawa keputusannya betul dan tidak diragukan lagi.
Kata-kata yang keluar dari mulut pelanggan pasti akan mengesahkan keputusannya.
Setiap pelanggan membeli kereta dengan rasa yakin yang tinggi. Tidak hairanlah
Joe selalu mendapat repeat order sekitar 80%.
#4)
Menelefon dan Memberi tip kepada Pelanggan. Joe Girard akan menelefon pelanggan
beberapa hari kemudian dengan bertanyakan keadaan pelanggan dan perkara berkaitan penggunaan kereta yang dibeli. Joe juga
memberikan tip terperinci mengenai penggunaan kereta dan cara penyelenggaraan.
Ini
menyebabkan setiap pelanggan merasa sangat dijaga oleh Joe Girard dan ianya
tidak didapati daripada jurujual lain. Mungkin kelihatan remeh, tetapi memberi
kesan yang hebat! Buktinya ialah Joe Girard mendapat banyak pesanan berulang
dan tentunya rekemen!
#5)
Menghadiri dan mengambil gambar dengan pelanggan semasa menghantar kereta. Saat
yang paling berkesan bagi pelanggan adalah ketika mereka menerima kereta yang
mereka beli. Perkara ini kadangkala tidak disedari oleh jurujual. Joe Girard
meluangkan masa untuk menghadiri acara penyerahan kereta dengan membawa kamera
instant dan merakamnya bersama keluarga pelanggan.
Bayangkan
foto Joe di setiap album foto pelanggannya, bukankah ini memberi kesan mendalam
kepada keluarga pelanggan. Rakan dan jiran pelanggan selalu bertanya, siapa
orang asing yang bergambar di hadapan kereta baharu mereka. "Oh! itu
jurujual kereta saya. Namanya Joe Girard. Orang yang hebat!"
Tanpa
disedari, pelanggan telah rekemen kepada rakan dan jirannya mengenai profil Joe
Girard. Sudah tentu apabila mereka memerlukan kereta, nama Joe Girard terlintas
di fikiran.
#6) Mengubah
pelanggan menjadi jurujual. Ini adalah teknik tertinggi dalam penjualan. Joe
Girard selalu meminta pelanggannya, jika mereka dapat memberikan rekemen
kepadanya, beliau akan memberinya wang 25 dolar sebagai insentif untuk
pelanggan yang direkemen.
0 comments:
Post a Comment