17/10/2022

CUSTOMER ALWAYS THERE

 

“Kita mahu impress siapa? Kita perlu kenalpasti dengan tepat golongan yang perlu kita impress. Kemudian baru kita tetapkan cara yang efektif bagi mengimpress mereka”.

 

Setiap orang yang kita jumpa berpotensi untuk menjadi pelanggan. Selagi mereka ada duit dalam poket dan mereka memerlukan sesuatu. Mereka adalah calon pelanggan. Waima menjual “air liur” kemudian ditukarkan kepada audio pun ada yang akan membeli. Selagi ada permintaan dan dapat menyelesaikan masalah pelanggan.

 

Tetapi tidak semua prospek boleh menjadi pelanggan anda. Yang berpotensi menjadi pelanggan anda pun belum tentu anda perlu berurusan dengan mereka.  Bukan semua orang perlu kita layan. Kenali pelanggan kita, juga kenali siapa yang bukan pelanggan kita. Bisnes yang tidak memilih pelanggan yang betul, mungkin tidak sustainable. Terdapat 5 jenis pelanggan yang anda kena kenal.:-

 

#1)Pelanggan hanya beli harga paling murah. Pelanggan ini  mementingkan harga sahaja. Survey punya survey, cuba cari harga yang termurah di pasaran. Dah habis survey, dah jumpa yang paling murah, dah dapat diskaun yang paling terbaik, baharulah mereka akan beli walaupun kualiti barang so-so sahaja.

 

#2)Pelanggan banyak bertanya. Pelanggan yang suka bertanya walaupun dah diterangkan dekat flyer. Berapa harga produk tersebut, tanya lagi berapa harga, berkesan ke tak , ada KKM tak, ada sijil HALAL tak, siapa yang dah guna dan lain-lain. Tapi biasanya golongan ini memang akan beli, apabila semua pertanyaan mereka telah dijawab dengan jelas dan setelah mereka berpuas hati.

 

#3)Pelanggan dah tahu & memang nak beli, tapi saja nak ‘Test’. Pelanggan terpelajar yang dah buat ‘homework’. Mereka dah tahu apa yang mereka nak. Dah tahu dah pasal produk, kalau tanya pun tanya soalan yang relevan. Juga dah tahu dah pasal harga pasaran, takkan minta diskaun sebab dah memang tu pun harga produk. Pelanggan kategori ni dah confirm nak beli, cuma semasa layanan kena mesra dan pandai menyantuni mereka.

 

#4)Pelanggan tertarik dengan promosi & tawaran hebat. Mereka membeli kerana emosi. Tengok harga murah daripada harga pasaran, terus beli. Tengok ada offer terus beli. Orang lain beli, mereka pun nak beli. Padahal tiada keperluan pun nak guna.

 

#5)Pelanggan survey dulu, beli kemudian. Pelanggan window shopping  hanya mengisi masa lapang dihujung minggu. Pelanggan ini 50-50 akan membeli atau tidak membeli. Jika ada urgency atau promosi bermasa baharu mereka membeli. Mungkin tunggu masuk gaji dan dapat bonus.

 

Anda boleh mengenalpasti pelanggan yang membawa sales kepada bisnes dengan menggunakan Prinsip Pareto. Apa itu Prinsip Pareto?

 

Prinsip Pareto adalah prinsip yang banyak digunakan dalam bisnes. Prinsip Pareto atau dengan kata lain Aturan 80/20 adalah satu prinsip yang pada asalnya diasaskan oleh seorang ahli ekonomi Itali bernama Vilfredo Pareto pada tahun 1906.

 

Mengikut prinsip ini, diterangkan bahawa dalam hampir semua isu di dunia ini, peratus tindakan yang sedikit (20%) akan menyumbang kepada peratusan hasil yang banyak (80%). Ia Juga mengatakan pelanggan tidak semestinya betul dan customer is not king.

 

Contohnya, anda memiliki bisnes kedai makan yang menjual pelbagai menu. Namun hanya menu tertentu sahaja yang menyumbang kepada 80 peratus keuntungan kedai makan. Seterusnya anda hanya fokus kepada produk yang BESTSELLER dan memastikannya sentiasa ada stok. Pastikan ‘gantung’ logo HALAL dan kedai sentiasa ada orang baru pelanggan akan masuk.

 

Seterusnya siapa pelanggan TOP 20% Anda? Cuba anda senaraikan. Anda perlu memastikan untuk kejar pelanggan dalam kategori 20% tersebut dan perbanyakkan jumlah mereka. Itulah sebenarnya pelanggan yang perlu disasarkan. Peniaga juga perlu memastikan untuk mengembangkan dan mantapkan produk yang 20% tersebut.

Itulah sebenarnya asas bisnes yang perlu ditolak naik setinggi-tingginya. Dengan cara ini, anda akan mula menjana sales dalam bisnes.

 

Jika kita tak faham bisnes itu secara keseluruhan, memang kita nampak MARKETING dulu. Sebab dari MARKETING datangnya SALES.

 

Apa-apa pun, sentiasa mula dengan pelanggan dulu. Produk, operasi, laporan kewangan, dokumen cantik ikut warna, semua tu boleh tangguhkan.


https://kliksini.my/4uTV4

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff