Pernah tak kita
direject kerana kita terlalu baik atau kita terlalu bagus. Kita dibenci kerana
mempunyai bakat atau kemahiran bercakap kita sangat baik, personaliti kita
sangat menarik, motivasi kerjaya kita sangat tinggi dan pecah rekod jualan pada
hari pertama bekerja?
Perkara ini
berlaku pada seorang budak miskin yang tidak habis sekolah tetapi mempunyai
cita-cita yang sangat tinggi untuk berjaya. Joe Girard yang berusia 35 tahun
dengan poket kosong ketika itu memasuki sebuah cawangan syarikat kereta
Chevrolet di Detroit bandar kecil kelahirannya untuk memohon pekerjaan sebagai
jurujual apabila bisnesnya sebagai kontraktor pembinaan gagal.
Walaupun pengurus
jualan pengedar Chevrolet tersebut agak keberatan menerima permohonan kerja Joe
Girard ketika itu, memandangkan jualan kenderaan pada bulan Januari
kebiasaannya agak lembap dan perlahan, Joe Girard terus merayu dan akhirnya
diterima bekerja dan terus memulakan tugas sebagai jurujual. Pada lewat petang
pada hari pertama bekerja, Joe Girard berjaya menjual satu unit kereta. Ini
agak mengejutkan kerana ia adalah hari pertama memohon kerja dan hari yang sama
diterima bekerja. Pada bulan pertama, 18 unit kereta berjaya dijual. Kerana Joe
Girard terlalu agresif dan proaktif dalam menjual kereta, Joe telah dipecat oleh
pengurusnya gara-gara perasaan tidak puas hati rakan-rakan jurujual yang lain.
Sejak itu beliau
tahu yang beliau mempunyai bakat menjual yang luar biasa. Selepas dipecat Joe Girard
telah memohon kerja di cawangan Chevrolet di Bandar Michigan. Bermula di sana,
beliau ingin membuktikan pada dunia yang beliau akan menjadi seorang penjual
yang terbaik di dunia dalam penjualan kereta!
Selama 15 tahun Joe
Girard berada di tahap terbaik dalam penjualan kereta dan trak di Michigan,
beliau telah menjual sebanyak 13,001 buah kereta dan trak serta nama beliau direkodkan
di dalam buku Guiness Book of Record sebagai penjual kereta paling banyak dalam
tempoh setahun iaitu sebanyak 1,450 unit pada tahun 1973.
Pada awal tahun 2018 rekod
tersebut telah dipecahkan oleh seorang jurujual kereta yang lain iaitu Ali
Reda, penjual kereta Chevrolet dan Cadillac iaitu sebanyak 1,582 unit setahun
pada tahun 2017. Ali Reda mengaku yang mana gurunya dan rujukannya adalah
teknik jualan dan buku "How To Sell Anything to Anybody" yang ditulis
oleh Joe Girard dan ini memberi beliau inspirasi. Persamaan Ali Reda dan Joe
Girard adalah kedua-dua mereka adalah jurujual Chevrolet.
Semasa ditemuramah
Joe Girard ditanya apakah teknik jualan yang beliau guna sehingga mendapat
pengiktirafan Guiness Book of Record? Jawab Joe Girard. “Saya tak pernah
menjual kereta sepanjang hidup saya. Apa yang saya jual adalah Joe Girard”. Joe
Girard memastikan dia sentiasa berada dalam minda prospek ketika mereka hendak
membeli kereta.
Sepanjang kerjaya
Joe Girard, beliau telah menghantar 13 keping kad setiap tahun kepada setiap
pelanggan. 1 kad pada setiap bulan dan 1 kad Hari Natal menjadikan kesemuanya
13 kad. Apabila dibuka sampul surat, ungkapan pertama yang akan baca adalah “I
LIKE YOU” macam orang bercinta pulak ye!. Di dalamnya pula tertulis “Happy New
Year, from Joe Girard”. Itu adalah kad yang dihantar pada bulan January.
Jangan terkejut,
sebanyak 13,000 kad dihantar setiap bulan secara manual tanpa sistem
autoresponder. Tentulah Joe Girard ada dua orang staf yang membantu. Dengan cara tersebut, Joe Girard telah
menempatkan dirinya dalam minda separa sedar setiap pelanggan dan prospeknya.
Teori Girard 250 yang dicipta Joe Girard mengatakan “Sekiranya anda memberikan
layanan mesra dan bersikap baik dengan pelanggan anda, mereka akan memberitahu
250 orang kenalan mereka berkenaan kebaikan anda dan begitu juga dengan hal
yang negatif. Jadi, apa yang Joe Girard jual selain prestasi? Joe jual akhlak yang baik dengan menyantuni
pelanggan.
Terdapat satu peristiwa
yang berlaku antara Joe Girard bersama seorang pelanggan yang bernama Dominic.
Kisah ini ada ditulis di dalam buku Joe
Girard yang memberi impak kepada teknik jualannya menjadi lebih baik iaitu
kemahiran mendengar, senyum dan sentiasa menjual impian dan kebahagian.
Satu hari Dominic
datang untuk membeli seunit trak. Dominic sememangnya sudah membuat pilihan dan
keputusan untuk membeli trak dari Joe Girard. Malangnya setelah beberapa ketika
di sana, Dominic berlalu pergi dan tidak mahu menurunkan tandatangannya di atas
borang yang Joe Girard hulurkan. Perkara ini menjadi igauan buruk dalam hidup
Joe Girard sehingga dia menghubungi Dominic untuk mendapatkan jawapannya.
Setelah
menghubungi dan bercakap dengan Dominic, rupanya Joe Girard terlupa dan terleka dengan perbuatannya
sehinggakan Dominic terasa dan jauh hati. Hanya kerana Joe tidak memberi
perhatian kepada cerita Domimic yang merasa seronok menceritakan kisah kejayaan
anaknya!
Bermula dari hari
itu, Joe Girard mula memberi penekanan kepada hubungannya dengan pelanggan.
Bukan sahaja pelanggan baru, tetapi pelanggan sedia ada. Itulah skill jualan
yang ada pada Joe Girard ketika itu yang tidak ada pada salesman yang lain.
Skill mendengar, menghargai hubungan, database pelanggan yang lengkap kerana
Joe Girard ingin berkongsi impian dan kebahagian bukan dengan hanya seorang
tetapi bersama sekeluarga.
https://kliksini.my/4uTV4
0 comments:
Post a Comment