Bina group support
tak kira ler kat whatsapp, kat FB atau pon kat telegram untuk kumpulkan semua
pembeli produk anda, emel pun boleh! Nak hantar kad atau surat cinta pun boleh.
Melalui platform
tersebut, sediakan ruang dan medium untuk pelanggan berhubung dengan anda.
Sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah atau persoalan menggunakan produk
anda.
Kalo pelanggan
anda bertanya, anda perlu RESPONS dengan segera. Customer suka jika anda jawab
soalan mereka dengan PANTAS. Jangan biarkan customer tunggu lama-lama, nanti
mereka akan cari penjual lain.. mereka sudah tak setia dan percaya dengan anda
lagi. Sape yang rugi? Kalo bukan anda.
Selain tu, anda
juga boleh bina satu group lain untuk kumpulkan prospek dan satu lagi group
untuk kumpulkan pelanggan. Dalam group prospek, anda boleh educate mereka
mengenai produk yang anda jual. Terangkan apa manfaat dan kelebihan produk yang
boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.
Dalam group
pelanggan pula, anda boleh beri tawaran eksklusif yang prospek tak boleh dapat
kat tempat lain hanya dari anda.
Apa tawaran
eksklusif tersebut?
Contohnya dengan
memberi KUPON DISKAUN khas pada mereka. Khas untuk pelanggan anda sahaja.
Berikan rewards kepada mereka melalui promosi eksklusif, anjurkan monthly
rewards dengan memberikan diskaun sehingga 70%.
Umumkan tarikh
bila offer diskaun anda dibuka, dan bila offer tersebut ditutup. Dengan cara
ini, mereka akan lebih cepat bertindak untuk membeli.
Last but not least,
keep in touch dengan pelanggan anda. Anda ada database mereka, kan? FOLLOW UP
mereka. Jangan buatkan mereka rasa anda hanya nak duit mereka saja. Jadikan
diri anda sebagai kawan pada mereka. Dengan cara ni, barulah mereka setia untuk
membeli dari anda berkali-kali.
Macam mana cara
nak follow up customer yang dah buat bayaran? Antaranya..
• Berikan nombor tracking selepas prospek buat bayaran.
• TANYA jika barang yang ditempah dah sampai.
• Berikan TIPS berkaitan dari masa ke semasa.
• Minta feedback ikhlas dari mereka.
• DISKAUN khas untuk repeat order.
• Offer mereka buat side income sebagai EJEN.
Nak follow up ni
bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika database kita dah besar. Takkan nak follow
up satu-satu. Penat kot! Yup.. memang betul, sebab itu kita perlu ada sistem.
“Sistem macam mane
tu? Boleh share?”
Boleh.. tapi
sebelum gunakan sistem, anda perlu simpan database dalam format excel/notepad.
Lepas tu, follow up gunakan sistem. Anda boleh gunakan system anak tempatan
seperti:-
• Onpay
• Saleskip
First time dengar
sistem guna? Tak tahu guna?
Jangan risau. Ada
tutorial disediakan oleh mereka. Anda perlu follow je. Untuk kembangkan lagi
bisnes anda ke tahap lebih tinggi, anda perlu dapatkan pelanggan baru.. tapi
jangan abaikan pelanggan sedia ada, tidak kira betapa kecil mereka. Mereka
inilah yang dapat membantu bisnes anda untuk berkembang maju.
Menjual pada
pelanggan yang pernah membeli dari anda lebih MUDAH dan MURAH daripada menjual
pada pelanggan baru. Kerana selepas anda menjual sesuatu produk kepada
pelanggan, anda sudah dapatkan kepercayaan dari mereka.
Mereka berikan
wang pada anda kemudian anda selesaikan masalah mereka. Tapi, itu tak bermakna
mereka akan membuat repeat order dari anda lagi, kerana kemungkinan besar
mereka akan melupakan anda dan membuat pembelian dari penjual lain. jadi!
Bagaimana nak pastikan pelanggan supaya
tidak lupa?
Contohnya, macam
MBO cinema, walaupun pelanggan dah tengok wayang dan beli keahlian mereka,
pelanggan mereka tetap terima email bulanan seperti promosi khas untuk mereka
saja.
Ataupun gerai nasi
lemak, mereka boleh tanya pelanggan akan lauk kegemaran, feedback, atau percuma
kuih, sebagai tanda terima kasih. Bila pelanggan dah beli dengan anda, jangan
lupakan mereka dan fokus tentang jualan semata-mata, sebaliknya, follow up
dengan pelanggan, minta feedback, dan berikan mereka value.
Benda-benda kecil
inilah yang buat pelanggan anda kembali kepada anda berbanding pergi ke kedai
orang lain. Banyak lagi strategi yang anda boleh gunakan untuk mengekalkan
pelanggan untuk meningkatkan jualan, yang penting, anda ambil berat tentang
mereka.
Pelanggan yang
sama akan datang balik pada anda dan repeat order. Pastu, bukan setakat repeat
order, dia rekemen pulak bisnes anda kat kawan-kawan dia. FREE marketing pulak
tu..
Sebagai pemilik
bisnes, anda kena fikir macam mana nak buatkan pelanggan jatuh cinta
berkali-kali pada bisnes anda, stick dengan anda. Sampai satu masa, anda tak
perlu lagi susah-susah nak cari pelanggan baru.
Anda fokus pada
pelanggan sedia ada, pelanggan sedia ada tu yang akan tolong carikan pelanggan
baru untuk anda.
Teknik ni saya
panggil teknik ‘halus’, sebab pelanggan tak perasan pun kita tengah ‘pikat’ dia
untuk jatuh cinta pada produk dan bisnes kita.
Jangan hanya
menggajikan pekerja untuk mencari jualan. Servis selepas jualan juga sangat
penting jika anda mahu jualan yang tinggi hasil daripada jualan berulang.
Anda juga boleh
melakukan perkara yang sama. Gajikan pekerja yang bertanggungjawab menjaga
servis selepas jualan. Jangan hanya menggajikan staf untuk mencari jualan.
Servis selepas jualan juga sangat penting jika anda mahu jualan yang tinggi
hasil daripada ulang jualan.
Masalah dengan
peniaga sekarang adalah terlalu fokus mencari pelanggan baru. Mereka ini masih
belum kenal dan percaya kepada anda. Banyak kerja perlu dilakukan terlebih
dahulu untuk tukar mereka menjadi pembeli. Kos juga tinggi. Jadi, kenapa anda
mahu sia-siakan pelanggan yang sudah pun memberi kepercayaan mereka kepada
anda? Jagalah mereka dan pasti mereka akan kembali kepada anda semula nanti.
Insya Allah.
Apa yang perlu
anda lakukan? Gunakan database yang anda ada kemudian hantar emel kepada prospek
dan pelanggan sekiranya terdapat berita baik yang boleh disampaikan, ucapkan
selamat hari raya dan sebagainya. Usaha untuk mengekalkan hubungan baik antara
anda dan pelanggan adalah kerja yang memenatkan. Anda terima je la hakikat ni.
https://kliksini.my/4uTV4