28/11/2022

AFTER SALES SUPPORT

 

Bina group support tak kira ler kat whatsapp, kat FB atau pon kat telegram untuk kumpulkan semua pembeli produk anda, emel pun boleh! Nak hantar kad atau surat cinta pun boleh.

 

Melalui platform tersebut, sediakan ruang dan medium untuk pelanggan berhubung dengan anda. Sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah atau persoalan menggunakan produk anda.

 

Kalo pelanggan anda bertanya, anda perlu RESPONS dengan segera. Customer suka jika anda jawab soalan mereka dengan PANTAS. Jangan biarkan customer tunggu lama-lama, nanti mereka akan cari penjual lain.. mereka sudah tak setia dan percaya dengan anda lagi. Sape yang rugi? Kalo bukan anda.

 

Selain tu, anda juga boleh bina satu group lain untuk kumpulkan prospek dan satu lagi group untuk kumpulkan pelanggan. Dalam group prospek, anda boleh educate mereka mengenai produk yang anda jual. Terangkan apa manfaat dan kelebihan produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.

 

Dalam group pelanggan pula, anda boleh beri tawaran eksklusif yang prospek tak boleh dapat kat tempat lain hanya dari anda.

 

Apa tawaran eksklusif tersebut?

 

Contohnya dengan memberi KUPON DISKAUN khas pada mereka. Khas untuk pelanggan anda sahaja. Berikan rewards kepada mereka melalui promosi eksklusif, anjurkan monthly rewards dengan memberikan diskaun sehingga 70%.

 

Umumkan tarikh bila offer diskaun anda dibuka, dan bila offer tersebut ditutup. Dengan cara ini, mereka akan lebih cepat bertindak untuk membeli.

 

Last but not least, keep in touch dengan pelanggan anda. Anda ada database mereka, kan? FOLLOW UP mereka. Jangan buatkan mereka rasa anda hanya nak duit mereka saja. Jadikan diri anda sebagai kawan pada mereka. Dengan cara ni, barulah mereka setia untuk membeli dari anda berkali-kali.

Macam mana cara nak follow up customer yang dah buat bayaran? Antaranya..

Berikan nombor tracking selepas prospek buat bayaran.

TANYA jika barang yang ditempah dah sampai.

Berikan TIPS berkaitan dari masa ke semasa.

Minta feedback ikhlas dari mereka.

DISKAUN khas untuk repeat order.

Offer mereka buat side income sebagai EJEN.

 

Nak follow up ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika database kita dah besar. Takkan nak follow up satu-satu. Penat kot! Yup.. memang betul, sebab itu kita perlu ada sistem.

“Sistem macam mane tu? Boleh share?”

Boleh.. tapi sebelum gunakan sistem, anda perlu simpan database dalam format excel/notepad. Lepas tu, follow up gunakan sistem. Anda boleh gunakan system anak tempatan seperti:-

Onpay

Saleskip

First time dengar sistem guna? Tak tahu guna?

Jangan risau. Ada tutorial disediakan oleh mereka. Anda perlu follow je. Untuk kembangkan lagi bisnes anda ke tahap lebih tinggi, anda perlu dapatkan pelanggan baru.. tapi jangan abaikan pelanggan sedia ada, tidak kira betapa kecil mereka. Mereka inilah yang dapat membantu bisnes anda untuk berkembang maju.

 

Menjual pada pelanggan yang pernah membeli dari anda lebih MUDAH dan MURAH daripada menjual pada pelanggan baru. Kerana selepas anda menjual sesuatu produk kepada pelanggan, anda sudah dapatkan kepercayaan dari mereka.

 

Mereka berikan wang pada anda kemudian anda selesaikan masalah mereka. Tapi, itu tak bermakna mereka akan membuat repeat order dari anda lagi, kerana kemungkinan besar mereka akan melupakan anda dan membuat pembelian dari penjual lain. jadi! Bagaimana nak pastikan pelanggan supaya  tidak lupa?

 

Contohnya, macam MBO cinema, walaupun pelanggan dah tengok wayang dan beli keahlian mereka, pelanggan mereka tetap terima email bulanan seperti promosi khas untuk mereka saja.

 

Ataupun gerai nasi lemak, mereka boleh tanya pelanggan akan lauk kegemaran, feedback, atau percuma kuih, sebagai tanda terima kasih. Bila pelanggan dah beli dengan anda, jangan lupakan mereka dan fokus tentang jualan semata-mata, sebaliknya, follow up dengan pelanggan, minta feedback, dan berikan mereka value.

 

Benda-benda kecil inilah yang buat pelanggan anda kembali kepada anda berbanding pergi ke kedai orang lain. Banyak lagi strategi yang anda boleh gunakan untuk mengekalkan pelanggan untuk meningkatkan jualan, yang penting, anda ambil berat tentang mereka.

 

Pelanggan yang sama akan datang balik pada anda dan repeat order. Pastu, bukan setakat repeat order, dia rekemen pulak bisnes anda kat kawan-kawan dia. FREE marketing pulak tu..

 

Sebagai pemilik bisnes, anda kena fikir macam mana nak buatkan pelanggan jatuh cinta berkali-kali pada bisnes anda, stick dengan anda. Sampai satu masa, anda tak perlu lagi susah-susah nak cari pelanggan baru.

 

Anda fokus pada pelanggan sedia ada, pelanggan sedia ada tu yang akan tolong carikan pelanggan baru untuk anda.

 

Teknik ni saya panggil teknik ‘halus’, sebab pelanggan tak perasan pun kita tengah ‘pikat’ dia untuk jatuh cinta pada produk dan bisnes kita.

 

Jangan hanya menggajikan pekerja untuk mencari jualan. Servis selepas jualan juga sangat penting jika anda mahu jualan yang tinggi hasil daripada jualan berulang.

 

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Gajikan pekerja yang bertanggungjawab menjaga servis selepas jualan. Jangan hanya menggajikan staf untuk mencari jualan. Servis selepas jualan juga sangat penting jika anda mahu jualan yang tinggi hasil daripada ulang jualan.

 

Masalah dengan peniaga sekarang adalah terlalu fokus mencari pelanggan baru. Mereka ini masih belum kenal dan percaya kepada anda. Banyak kerja perlu dilakukan terlebih dahulu untuk tukar mereka menjadi pembeli. Kos juga tinggi. Jadi, kenapa anda mahu sia-siakan pelanggan yang sudah pun memberi kepercayaan mereka kepada anda? Jagalah mereka dan pasti mereka akan kembali kepada anda semula nanti. Insya Allah.

 

Apa yang perlu anda lakukan? Gunakan database yang anda ada kemudian hantar emel kepada prospek dan pelanggan sekiranya terdapat berita baik yang boleh disampaikan, ucapkan selamat hari raya dan sebagainya. Usaha untuk mengekalkan hubungan baik antara anda dan pelanggan adalah kerja yang memenatkan. Anda terima je la hakikat ni.


https://kliksini.my/4uTV4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff