14/11/2022

CUSTOMER EXPERIENCE

 

“Ish, ramai sangat peniaga yang jual produk sama! Kalau macam ni sampai bila-bila bisnes aku susah nak dapat pelanggan. Semua dah kena sapu dengan peniaga lain!”

 

Pernah rasa bisnes down sebab terlalu banyak pesaing? Ditambah dengan situasi pandemik mengakibatkan pendapatan orang ramai terjejas. Ada yang diberhentikan kerja, ada juga yang gaji dipotong. Jadi untuk tampung perbelanjaan harian dan jana pendapatan baru, ramai yang dah mulakan bisnes.

 

Tapi yang jadi masalah bila terlalu ramai menjual benda yang sama di pasaran. Nampak orang jual makanan, semua pakat nak jual makanan yang sama.Nampak orang jual baju, semua ikut jual baju. Sudahnya persaingan jadi terlalu banyak. Market jadi tepu.

 

Katakan anda juga menjual produk yang sama dengan harga yang sama seperti pesaing anda tawarkan.

 

Bagaimana kita nak buat supaya pelanggan membeli produk kita berbanding beli dengan orang lain. Apa membuatkan pelanggan membeli dari kita?. 

 

Jawapannya adalah CUSTOMER EXPERIECE. Setiap layanan kepada seseorang peniaga kepada pelanggan adalah berbeza-beza. Kerana ianya melibatkan inner force iaitu hati dan akhlak kita.

 

Kita boleh bagi lebih ‘value’ untuk pelanggan datang ke kedai kita. Kita bagi ganjaran kepada pelanggan yang membeli dari kita. Pelanggan yang datang dah memang akan membeli apa yang mereka nak, tapi bila kita bagi lagi ganjaran lain mereka akan rasa dihargai. Pelanggan akan lebih suka berurusan dengan bisnes yang menghargai mereka. 

 

Menjual bukan sekadar pelanggan bagi duit kemudian kita bagi produk. Ia lebih daripada tu. Dari kacamata pelanggan, yang membezakan antara satu bisnes dengan bisnes yang lain adalah pengalaman mereka berurus niaga dengan kita.

 

Mereka sebenarnya sanggup bayar lebih untuk dapatkan pengalaman yang terbaik. Syarikat besar buat macam-macam cara untuk betulkan bab servis kepada pelanggan supaya pelanggan akan kekal dengan bisnes mereka.

 

Starbucks contohnya, selain dari melatih pekerja buat minuman, skill paling UTAMA adalah menguruskan situasi kalau ada complaint dari pelanggan.

 

Ada je pelanggan mengamuk marah-marah pasal servis, mereka dah ada SOP untuk handle pelanggan ni. Ini senjata mereka untuk kekalkan pelanggan supaya memilih pilih kopi mereka berbanding jenama lain. Kita yang buat bisnes kecil-kecil ni pun tak boleh ambil mudah mengenai layanan kepada pelanggan.

 

Kenapa 'Customer Experience' penting?

Melalui pengalaman manis pelanggan dengan kita, jenama bisnes jadi mudah melekat dalam kepala mereka. “Nak basuh kereta kat XYZ lah, bukan setakat bersih je. Dah sampai rumah, diorang siap call lagi tanya kereta bersih ke tak, cara staf layan ok ke tak, ada barang hilang ke tak.”

                                                        

Boleh agak kan apa impak dia?

 

Pelanggan dah mula PERCAYA dengan bisnes kita. Pelanggan akan DATANG SEMULA untuk dapatkan servis atau produk kita. ‘Happy customer remain loyal’

Best kan?


https://kliksini.my/4uTV4

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff