Risiyusoff.com adalah hasil gagasan idea yang cuba dikongsi sedikit sebanyak dengan masyarakat. Saya percaya risiyusoff.com mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat berdasarkan kepada beberapa prinsip dan modul yang dicipta. Pada masa ini , risiyusoff.com hanya menfokuskan kepada 2 objektif utama.
1)Memberi maklumat dan informasi berkaitan Self-Publishing .
Risiyusoff.com akan menerbitkan dan memaparkan artikel-artikel berkaitan penulisan, idea-idea baru untuk dipraktikkan serta nasihat-nasihat dan panduan yang relevan dari semasa ke semasa.
2)Melahirkan penulis-penulis yang profesional.
Membantu penulis-penulis Indie untuk menerbitkan buku sendiri dengan membimbing dari segi format buku, rekabentuk kulit buku, penerbitan serta pemasaran buku.
Di samping tujuan, setiap gerakan dan tindakan memerlukan satu visi, prinsip yang membuatkan pendokong-pendokongnya setia dengan matlamat asal mereka, Risiyusoff.com tidak terkecuali. Visi saya adalah:
1)Untuk merapatkan jurang digital (digital divide) di antara golongan masayarakat. Secara amnya, diantara generasi Celik IT dan generasi yang tidak. Untuk mencapai visi ini, saya akan memastikan:
i)Teknologi yang digunakan mudah digunakan semua lapisan masyarakat, “User Friendly”.
ii)Pembaharuan dan inovasi akan kerap diusahakan untuk memastikan segala teknologi dan kemudahan dapat segera diaplikasikan untuk kesenangan semua pihak. “Cutting Edge”
2) Untuk menjadi inkubator idea dan pusat inovasi ilmu-ilmu penulisan dalam usaha untuk menambah bilangan penulis berjaya, khususnya di Malaysia.
i) Artikel-artikel yang bersifat membina akan disiarkan secara periodik, dan idea-idea baru dalam bidang penulisan akan diketengahkan. Komen-komen dan idea-idea membina dari orang ramai juga akan disiarkan.
Mengikut kata-kata pujangga, “Jika anda tidak merancang, maka anda merancang untuk gagal.” Di sini a menjelaskan bahawa betapa murni sekalipun cita-cita sesuatu organisasi itu, andai tidak disokong oleh perancangan yang mantap, ia akan gagal, bagi memastikan Risiyusoff.com diterima baik oleh seisi masyarakat.
Risiyusoff.com akan mencerna dan mencorak idea-idea antarabangsa untuk diaplikasikan di pasaran domestik. Terutama daripada idea-idea Infopreneur antarabangsa yang telah berjaya seperti Jimmy d brown, Eben Pagan, John Reese, Yanik Silver, Jim Edward, Michael Masterson, Joe Vitale, Derek Murphy dan Joanna Penn.
Matlamat saya adalah untuk menjadikan Risiyusoff.com menjadi hub rujukan author di antara 10 terbaik di dalam negara dan menerbitkan 3 buah buku setahun.
Wassalam

0 comments:
New comments are not allowed.